Salam.. apa khabar semua? harap semua sihat hendaknya..
Ejulz dah lama x update blog sekerap dulu.. rindu pulak nak update bnyak2 entry.. heHe.. kebelakangan ni ejulz banyak terlibat dengan seminar dan kursus berkenaan "Inovasi"..
28 Oktober 2011 - Jumaat lepas ejulz dijemput hadir seminar Bicara Inovasi (i-Talk) siri ke 3/2011 bertajuk "Ekplorasi Quilling".. Mungkin ada yang pernah dengar pasal QUILLING ni.. dan mungkin ada yang x pernah dengar.. Ejulz sendiri pun baru tahu pasal quilling ni pada seminar berkenaan.. Quilling ni adalah sesuatu kreativiti yang dihasilkan hanya menggunakan kertas dan beberapa bahan utama seperti gam, lidi dan pencungkil gigi.. Dengan bahan2 seperti ni sahaja kita dapat menghasilkan sesuatu yang menarik.. Nak tau lebih lanjut pasal quilling ni? nak tengok tutorial? jom terjah blog Puan Wan Najmiyyah yang menjadi penceramah pada jumaat lepas.. boleh tngok contoh2 yang beliau hasilkan.. cantikk.. heHe
Pada 1 - 3 November pulak, ejulz terlibat dengan "Kursus Kreativiti Mencetus Inovasi".. Kursus berkenaan diadakan di Cherengin Hills Convention & Spa Resort, Janda Baik, Pahang.. Banyak jugak yang ejulz pelajari dari kursus tu.. Antara yang dipelajari adalah cara2 berfikir secara kreatif, kaedah2 berfikir, dan melatih diri buat pembentangan di khalayak ramai.. Selain itu, kaedah2 mengatasi stress jugak ada diajar pada kursus berkenaan.. Bagi sesiapa yang minat dengan penulisan @ mahu berjinak2 dalam dunia penulisan n nak beberapa tips untuk memulakan penulisan bolehlah menghubungi Encik Zamri (facebook) selaku fasilitator kursus berkenaan.. beliau banyak memberi info2 berguna kepada peserta2 kursus pada masa itu..
No comments:
Post a Comment