Sunday, 15 December 2013

Pada Cuti Sekolah Yang Lepas...

Pada cuti sekolah yang lepas ayyah merancang untuk membawa kami sekeluarga untuk bercuti ke pantai. Pada mulanya ibu saya tidak setuju kerana dia ingin pergi ke luar negara dan berlaku pergaduhan sesama mereka. Dek kerana ayah saya pernah belajar silat dan dia juga anak kepada mahaguru silat Malaysia ibu saya tak jadik nak bukak gelanggang bersamanya. Akhirnya tanpa sebarang perbincangan ayah telah membuat keputusan untuk membawa kami sekeluarga pergi bercuti ke pantai pada cuti sekolah yang lepas. Riang hati saya tidak terperi lagi bila dapat pergi berenang-renang di tepi pantai. Akan tetapi kegembiraan saya tidaklah dikongsi bersama ibu kerana di hatinya masih lagi tersimpan seribu dendam kesumat kerana tak dapat bercuti dan membeli handbag di luar negara.



Perjalanan kami lancar selepas beberapa kali ayah saya dilempang oleh ibu kerana mengantuk dalam pemanduan. Dua kali di sepak kerana ayah sempat mengorat beberapa awek ketika berhenti di lampu isyarat. Saya melihat langit biru dilitupi awan putih seakan sedang membentuk sesuatu. Satu-satu awan datang dan berkumpul menjadi satu bentuk yang besar dan mula berubah menjadi hitam seakan akan turun hujan yang lebat. Tiba-tiba awan yang besar itu berubah menjadi satu raksasa yang begitu besar dan cuba untuk menelan kereta kami. Ayah yang terkejut dengan kemunculan raksasa itu mula memecut laju keretanya. Dia mencilok kiri dan kanan untuk mengelak kereta yang ada. Saya menoleh ke belakang dna melihat kesemua kereta habis dimakan oleh raksasa itu. Sedang ayah saya memecut laju keretanya tiba-tiba dia menekan brek kerana ada sesuatu di depan. Ada sepasang kaki yang besar dan sebatan tubuh yang saya amat kenal. Ya! Itulah dia Ultraman Taro yang datang untuk menyelamatkan kami sekeluarga. Tapi saya pelik kerana dia syik berdiri dan mencekak inggang sahaja. Rupa-rupanya Ultraman itu dan habis bateri dan lupa hendak mengecasnya.

Ayah saya memberhentikan kereta dan membuka buah silatnya untuk berlawan dengan raksasa tersebut. Akan tetapi setelah tiga jam menunggu kelibat raksasa itu tidak muncul dan ayah saya kelihatan keletihan menunggu. Sesekali beliau kelihatan seperti menari seorang diri mungkin hendak menghilangkan rasa bosan menunggu. Ibu saya yang mula naik angin itu menyuruh ayah saya masuk ke dalam kereta dan meneruskan perjalanan. Ayah terpaksa akur dengan ibu kerana stering kereta ayah mula rosak akibat digigit ibu yang menahan marah. Dengan perasaan kompius kami sekeluarga meneruskan perjalanan.

Perjalanan kami kembali tenang sebelum kereta kami ditahan oleh beberapa geng jahat yang ingin mengepow kami. Ayah saya cuba berlawan tetapi gagal kerana kepalana telah diacukan dengan M-16 sebelum ia mula membuka langkat silat. Penjahat itu tidak perasan yang ibu saya adalah seorang Incredible Hulk. Sedang mereka bersorak gembira kerana berjaya mencuri beberapa keping 20 sen, setin air minuman serta 5 keping sandwich yang jadi bekalan untuk bermain-main di pantai nanti, pakaian ibu saya sudah mula koyak-rabak tanda dia ingin menja Hulk. Setelah berubah menjadi Hulk dan ingin membelasah orang jahat itu tiba-tiba datang beberapa orang AJK masjid ke arah kami dan terus mentarbiah ibu saya supaya menutup aurat dan menasihati ayah supaya memimpin keluarga ke syurga kelak. Ibu saya yang pada mulanya marah kembali reda kerana telah diberi beberapa kitab berkenaan dengan punca marah dan cara-cara mengawal kemarahan. Akhirnya kami solah zohor bersama-sama.

Setelah bermaaf-maafan dengan penjahat itu, kami meneruskan perjalanan ke pantai dan berdoa agar tiada apa lagi gangguan yang akan tiba. Hampir dua jam perjalanan akhirnya kami sampai ke destinasi yang dituju. Saya melihat ramai pengunjung yang ada di tepi pantai. Mereka dengan gembira membuat aktiviti masing-masing. Ada  yang bermandi-manda, membuat istana pasir, bermain bola tampar, bermain golf, bermain bowling, bermain lari dalam guni, bermain permainan bawa bola ping pong dalam sudu, ada yang sedang membakar ikan, membakar sampah, membakar kereta, membakar Encik Bakar, ada yang tengah dilempang bini, dikejar anjing, menggigit pelamung dan bermacam-macam aktiviti yang lain. Saya begitu teruja untuk bermandi laut. Ayah pula sedang sibuk membuka langkah silat sambil dikelilingi gadis-gadis yang kagum dengan kehebatan ayah sambil bertepuk tangan. Ibu yang duduk jauh di bawah pokok sedang menelaah buku yang diberi oleh AJK surau tadi sambil melakukan meditasi untuk mengawak kemarahan.

Saya pun terus mandii di pantai dan berenang ke tengah laut. Sedang asyik berenang tiba-tiba kaki saya terasa seolah-olah digigit sesuatu yang amat tajam lalu saya pun menyelam hingga ke dasar laut. Alangkah terkejut saya bila mendapati yang menggigit saya tadi adalah seekor ikan Jaws yyang sangat besar. Tanpa berpikir panjang, saya pun terus lari, lari, lari, lari, lari dan terus berlari, baru saya teringat yang saya ni sedang mandi. Patutlah tak sampai sebab saya berlari bukan berenang. Saya terus tukar strategi dengan berenang, berenang, berenang dan terus berenang sampailah kepala saya tiba-tiba terhantuk dengan sesuatu yang sangat besar. Rupa-rupanya saya telah berenang sampai ke benua Antartika dan benda saya terlanggar tadi adalah sebuah kiub ais yang sangat besar. Kepala ikan Jaws yang mengejar saya tadi pun benjol sebab terlanggar benda yang sama. Kami berpandangan sesama sendiri. Saya cuba untuk berubah menjadi Hulk tapi tak menjadi kerana saya seorang yang buta warna dan tak reti membeakan antara warna hijau dan biru. Ikan Jaws itupun mula membuka rahangnya untuk menelan saya dan secara tiba-tiba bongkah ais yang besar tadi pecah dan keluarlah sebuah kapal selam dan terus memfire ikan Jaws tersebut.

Ikan Jaws itu mengelak dan memanggil kawan-kawannya yang laind an bercantum menjadi besar. Kapal selam tadi pun berubah menjadi robot dan mereka mula bergaduh. Pada mulanya saya ingin turut serta dalam pergaduhan tersebut tetapi saya teringat akan kata-kata AJK surau yang menasihati kami tadi supaya janganlah kita bertolong-tolong dalam melakukan sesuatu kemungkaran. Saya mengambil keputusan untuk beredar dengan manaiki sebuah kapal angkasa yang terbiar lama di atas pokok kelapa pulang menuju ke pangkuan ibu dan ayah. Semasa ingin berlepas tiba-tiba kapal angkasa yang saya naiki ditahan oleh beberapa ekor elien yang menyangka bahawa saya ingin mencuri kapal angkasa mereka. Setealh berunding dan bercerita tentang hal yang sebenar, mereka bersetuju untuk memberi pinjam kapal angkasa mereka dengan syarat saya menjawab sau teka-teki. Teka-teki itu berbunyi, "Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa yang keris di kaki? Mereka berpuas hai dengan jawapan saya iaitu, "binatang yang tak pakai selipar dan terpijak keris" dan membenarkan saya berlepas sambil memberi beberapa keping keropok iakn untuk dibawa bekal. Betul kata cikgu, kalau kita buat baik dan juujur, kita akan dibalas baik. Bukan sahaja dengan orang, malah alien pun akan berbua baik degan kita.

Begitulah kisah percuian saya pada cuti sekolah yang lepas, Sebenarnya saya duduk di rumah dan tengan TV je.. Ayah dan ibu saya tak bawak saya pergi bercuti sebab cui mereka dah habs dan gaji mereka akan dipotong jika tak datang kerja. Jadi mereka mengambil keputusan untuk membelikan saya DVD pelbagai jenis cerita untuk dionton sepanjang tempoh cui sekolah. Sekian, terima kasih.


_________________________________________________________________

*UJANG : 15 Disember 2013

1 comment:

GIVEAWAY 13TH ANNIVERSARRY

    Assalamualaikum..   Di kesempatan ini ejulz ingin mengucapkan Happy Anniversary yang ke-13 kepada Puan Linda dan suami yang bakal disamb...