Thursday 31 December 2020

Azam Tahun Baru?

Tak berasa dah di penghujung 2020. Wawasan 2020 yang tidak kesampaian. Dulu masa kecik2 fikir tahun 2020 ada kereta terbang. hehehe. Tapi duit yang banyak terbang. Yang lebih menyedihkan pertama kali tidak dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan lain2 perayaan disebabkan musibah yang melanda seluruh dunia iaitu Covid19. Mari sama-sama kita doakan agar virus ini akan musnah dalam masa terdekat ni. Semoga kita semua dilindungi dari segala penyakit dan musibah. 

Azam baru? Sejujurnya ejulz tak tahu apa azam ejulz untuk 2021. Ejulz cuma ada beberapa harapan. Harapan yang pertama adalah berharap agar virus covid19 terhapus. Harapan yang kedua ejulz terpaksa rahsiakan. Insyaallah ejulz akan ceritakan di masa yang sesuai. Harapan yang ketiga adalah berharap agar ejulz dapat bertukar di tempat kerja yang lebih dekat supaya memudahkan urusan ejulz terutama urusan ke klinik dan urusan anak ke taska bermula tahun depan. Harapan yang keempat adalah berharap agar ejulz boleh aktif berblog di tahun depan. Kalau boleh tiap2 hari nak update entry dan bw. hehehe

Mohon semua doakan agar harapan ini dimakbulkan dan dipermudahkan. Insyaallah.




11 comments:

  1. babai 2020. banyak suka duka 2020. sama mcm ejulz, paling sukar dilupakan kena beraya diperantauan tahun ni. pergi lah jauh2 si covid 19 ni..

    ReplyDelete
  2. Semoga semua azamnya akan terlaksana
    Selamat menyambut tahun baru 2021

    ReplyDelete
  3. Kan.. nak covid nie berakhir je.. Happy new Year Ejulz..

    ReplyDelete
  4. sama samalah kita aktif di blog kembali hehe..semoga semua hajat ejul tercapai

    ReplyDelete
  5. moga 2021 ini lebih baik dari tahun sebelumnyaaa

    ReplyDelete
  6. samala ejulz masa kecik shida pun duk kata 2020 ni ada kereta terbang..hahahaa..adooii mmg duit yg byk terbang..sungguh ^_^

    Selamat Tahun Baru Ejulz :)

    ReplyDelete
  7. selamat tahun baru. semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki :)

    ReplyDelete
  8. Moga harapan terlaksana. All the best 2021

    ReplyDelete
  9. azam baru nak kurus :) kehkeh

    ReplyDelete

Cepatnya Masa Berlalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger ejulz... Harap semuanya dalam keadaan sihat.. Tak berasa hampir 4 bulan tak update...