Tuesday 28 July 2020

Pertubuhan Kebajikan Baiturrahmah Kuching - Baiturrahmah





Bermula tahun 2014, *BAITURRAHMAH* ditubuhkan untuk menyediakan rumah penjagaan & kebajikan kepada anak-anak saudara kita. Kini, anak-anak semakin membesar, keperluan semakin meningkat, terima kasih kami ucapkan para budiman dan dermawan.

*Kami masih di sini, inshAllah kerana anda semua mendokongnya!*

Daripada Ibn Abbas RA berkata: “Bahawa Rasulullah SAW merupakan orang yang paling pemurah melakukan pelbagai kebaikan. Kemurahan Baginda SAW akan bertambah menjelangnya bulan Ramadhan ketika malaikat Jibril AS menemui Baginda SAW. Jibril AS akan datang menemui Baginda SAW pada setiap malam pada bulan Ramadhan, lalu Jibril AS mengajarkan al-Qur’an kepada Baginda SAW. Sesungguhnya Baginda SAW bersifat pemurah dengan bersegera melakukan kebaikan umpama angin yang bertiup kencang.”

(Muttafaqun ‘Alayh, riwayat al-Bukhari, no. 6, 1906, 3220, 3554, 4997, Muslim, no: 2308)

Sabda Rasulullah SAW "Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan." (HR. al-Tirmidzi dari Anas)

Sebagai motivasi kita bersama pada hari ini, dua ungkapan hadith Nabi Muhammad SAW. Tautan Kasih Ramadan Baiturrahmah, adalah satu tabung kebajikan untuk keperluan anak-anak Baiturrahmah, pendidikan mereka dan juga makan-minum mereka inshAllah.

*Sumbangan kasih anda boleh di salurkan ke*
Akaun RHB Bank
No Akaun : 2112 5460 0099 45
Pertubuhan Kebajikan Baiturrahmah Kuching

(Sila whatsapp slip sumbangan ke www.wasap.my/60198867561 untuk rekod kami)

Tiada yang dapat membalas sumbangan pihak tuan/puan melainkan sebaik-baik balasan itu dari Allah SWT.
Terus mendokong kami!
*Pengurusan*
*Pertubuhan Kebajikan Baiturrahmah Kuching*
(Pertanyaan boleh terus berhubung dengan En Abdul Rahman Hasan, Pengurus BAITURRAHMAN di talian 014-999 2341)



SUMBER : FACEBOOK

7 comments:

  1. Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan, semoga bertemu bulan ramadhan depan

    ReplyDelete
  2. Usaha murni yang patut disokong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah.. Semoga anak2 disana berjaya dan terpelihara..

      Delete
  3. Usaha yang bagus..
    semoga mendapat lebih banyak sokongan.. Aamiin..

    ReplyDelete

Cepatnya Masa Berlalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger ejulz... Harap semuanya dalam keadaan sihat.. Tak berasa hampir 4 bulan tak update...