Saturday, 11 December 2010

Motivasi kerja – Bagaimana meminati kerja yang anda tak minat

Masalah sesetengah orang adalah, mereka mendapat kerja yang mereka tak minat, langsung tak minat bahkan membuat mereka merasa kurang bersemangat sebab tak minat.


Masalah ni banyak berlaku terutama dalam diri fresh graduate yang baru saja masuk ke alam pekerjaan dan bagi orang yang baru berpindah kerja. Jika anda mendapat kerja yang berlainan dari minat anda dan mahu tahu cara untuk membuat anda minat pada kerja yang langsung anda tak minat, berikut adalah tips motivasi untuk anda.

1. Kaji kerja tu, cari kebaikan-kebaikan yang ada di dalamnya.

2. Selidiki tugasan yang diberikan dengan rasa ingin tahu. Lama-kelamaan perasaan ingin tahu tu bertukar menjadi keseronokan mendalam yang amat mengasyikkan.Tiap kali anda melaksanakan tugasan kerja, anda tidak akan rasa terbeban tapi rasa seronok sebab anda mahu tahu perkara baru yang anda akan jumpa nanti. Tiap kali bekerja, elak memikir kesusahan melaksanakan kerja.

3. Kaji, cari perkara-perkara baru yang anda masih belum tahu kemudian perbaiki pengetahuan yang ada sudah pelajari dari rakan-rakan sekerja, bos, ketua mahupun dari ketua jabatan anda.

4. Elak terlalu cepat berpuas hati dengan ilmu serta kemahiran kerja yang sedia ada. Elak merasa diri sudah pandai. Belajar dan latih diri menggali perkara-perkara baru mengenai jawatan anda, tak kiralah apapun ia.

Jika anda terus menerus melakukan hal ni, motivasi kerja anda akan timbul secara automatik, tak perlu dicari-cari lagi.





2 comments:

GIVEAWAY 13TH ANNIVERSARRY

    Assalamualaikum..   Di kesempatan ini ejulz ingin mengucapkan Happy Anniversary yang ke-13 kepada Puan Linda dan suami yang bakal disamb...