Tidak dapat dinafikan
bahawa renovasi rumah merupakan perkara yang amat menyeronokkan. Hal ini kerana
anda boleh menikmati rumah yang cantik dan selesa lepas ubah suai.
Namun demikian,
pengubahsuaian rumah boleh menyebabkan anda menanggung kos yang terlalu tinggi
jika anda tidak merancang dengan betul.
Terdapat banyak
kesilapan umum yang sentiasa dilakukan, tidak kira sama ada mereka memilih
untuk mengubah suai secara diri sendiri atau mengupah profesional. Mari kita lihat kesilapan yang kerap
dilakukan agar anda dapat mengelakkan daripada melakukan kesilapan yang sama.
Bajet
Pastikan anda
mempunyai anggaran bajet untuk setiap projek pengubahsuaian agar anda tidak berbelanja
lebih daripada sepatutnya. Anda juga diingati untuk memastikan bahawa bajet
yang ditentukan adalah realistik. Anggaran anda harus sesuai dengan jangkaan
anda untuk projek ubahsuai bilik air, bilik tidur atau dapur
anda.
Perancangan
Renovasi rumah tanpa
rancangan dianggap adalah seperti memandu ke destinasi tanpa mengikut peta pada
kali pertama. Anda mungkin dapat memenuhi jangkaan anda pada akhirnya, tetapi
proses tersebut perlu mengambil masa yang lama, kos yang tinggi dan anda
mungkin mengalami kekecewaan. Oleh itu, rancangan yang teliti amat penting
kerana dapat melancarkan proses pengubahsuaian rumah.
DIY
Walaupun terdapat
tugasan yang dapat dilakukan sendiri, namun, terdapat sesetengah tugasan khas
yang memerlukan profesional seperti kerja baiki bumbung bocor. Anda mungkin tidak
mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk projek tertentu kecuali jikalau anda
merupakan seorang tukang paip, juru elektrik atau kontraktor rumah. Oleh itu,
anda diingati supaya tidak mengambil projek yang memerlukan kemahiran yang anda
tidak mempunyai. Sebaliknya, hubungilah pakar renovasi untuk membantu dalam
projek pengubahsuaian rumah anda.
Tidak Mengetahui
Bagaimana Ruang Berfungsi
Mempunyai bilik yang
cantik di rumah anda merupakan perkara yang amat bangga, namun fungsi
bilik-bilik juga merupakan perkara yang sangat penting. Anda perlu mengambil
tahu bagaimana anda akan menggunakan ruang sebelum anda mulakan kerja
pengubahsuaian supaya anda dapat memaksimumkan fungsi rumah anda. Pastikan anda
memikirkan fungsinya sebelum berfikir tentang cara untuk mencantikkan bilik
anda.
Terlalu Bergaya
Pengubahsuaian rumah
mengikuti tren reka bentuk popular dapat memberi manfaat selagi tren tersebut
berfungsi dengan kediaman anda. Tren yang dipilih harus sesuai dengan gaya seni
bina dan juga suasana yang anda ingin hasilkan. Anda juga diingati supaya
mempertimbangkan nilai penjualan semula rumah kerana terdapat tren yang tidak
bertahan lama.
Memilih Kontraktor
Pengubahsuaian
Kontraktor rumah akan
menjadi faktor yang penting bagi pengubahsuaian untuk berjaya. Oleh itu, anda
perlu memastikan untuk memilih kontraktor rumah murah yang sesuai untuk
tugasan tersebut. Pastikan anda membuat penyelidikan sebelum mengupah
kontraktor. Anda boleh merujuk kepada ulasan dalam talian yang diberi oleh pelanggan
sebelumnya untuk mengetahui kemahiran dan piawai syarikat kontraktor tersebut.
Tidak melakukan Kerja
Persiapan
Persiapan amat penting
bagi memastikan tugasan dijalankan dengan betul. Sekiranya anda tidak mempunyai
asas yang sempurna untuk menjalankan sesuatu tugasan, maka proses
pengubahsuaian rumah tidak akan dijalankan dengan lancar. Pastikan anda
meluangkan masa untuk merancang dan membuat persiapan sebelum menjalankan
pengubahsuaian rumah.
Pengubahsuaian dapat
membantu anda untuk memiliki rumah impian jika dilakukan dengan baik.
Jika anda memerlukan
bantuan untuk projek renovasi rumah anda, sila hubungi syarikat Tukang UbahSuai
yang merupakan syarikat kontraktor rumah di Selangor dan Kuala Lumpur
yang berpengalaman dan boleh dipercayai.
Mereka dapat membantu
anda untuk mengelakkan daripada melakukan kesilapan semasa renovasi rumah dan
memastikan proses ubahsuai rumah anda dijalankan dengan lancar
dan bebas daripada tekanan.