Wednesday, 13 March 2013

Tips – 10 Formula Bangun Awal Sebelum Subuh


Berpagi-pagian di awal pagi merupakan amalan salafusoleh dan orang-orang mukmin sejak zaman berzaman. Malah, terdapat suatu rahsia serta kekuatan yang luar biasa bagi mereka-mereka yang membiasakan diri bangun awal di pagi hari.

Mereka adalah insan-insan yang terpilih yang bangun awal sebelum Subuh dan mereka melaksanakan solat Subuh setiap hari ikhlas kerana Allah SWT.

Allah SWT berfirman yang bermaksud :“ Dan dirikanlah pula solat Subuh. Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan oleh malaikat.”(Surah al-Isra 17 : 78)

Namun, selalunya apa yang berlaku dalam realiti kita ialah – ia adalah suatu yang sangat-sangat sukar untuk bangun awal sebelum Subuh. Selimut yang seringan kapas itu terasa bebanannya seperti batu konkrit. Dan, ramai di kalangan kita terlepas kewajipan asasi di awal pagi iaitu solat Subuh kerana susah untuk bangun daripada tidur yang nyenyak.

Kali ini, saya kongsikan tips bagaimana untuk bangun awal sebelum Subuh. Tips ini bukanlah sekadar untuk dihebah-hebahkan atau diwar-warkan semata-mata, tetapi untuk digerakan, diamalkan dan dilaksanakan oleh kita semua.

1. Niat sebelum tidur bahawa tidur ini adalah ibadah kerana Allah SWT. Setting diminda, bahawa kita ingin bangun awal keesokan harinya. Lebih baik sekiranya kita katakan secara terperinci tentang masa yang ingin kita bangun. Contoh : “ Esok saya akan bangun pada jam 5.30 pagi.”

2. Biasakan diri berwudhuk sebelum melelapkan mata. Bayangkan inilah wudhuk kita yang terakhir. Kita memyempurnakan wudhuk dengan tertib, tenang dan sesempurna mungkin.

3. Dirikan solat sunat dua rakaat sebelum tidur. Sebaiknya, solat sunat Taubat. Cantiknya, sebelum tidur kita memohon keampunan serta membersihkan diri daripada dosa-dosa dan kekotoran maksiat kita kepada Allah SWT.

4. Gunakan alat bantuan untuk membangkitkan kita daripada tidur. Mohon bantuan ibu bapa, adik-beradik atau kawan-kawan yang ada. Di samping itu, setkan jam loceng atau alarm telefon kita berhampiran dengan kita.
5. Untuk bangun awal, kita perlulah tidur awal. Tidur yang secukupnya memudahkan kita untuk bangun dengan segar, ceria dan bertenaga.

6. Bacakan doa sebelum tidur dan bacaan Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Anas. Hembuskan bacaan tadi ditapak tangan dan sapukan ke seluruh badan. Mohon perlindungan dan pemeliharaan daripada Allah SWT.

7. Sambil berbaring sebelum terlelap, basahkan bibir dengan zikir memuji dan memuja Allah SWT. Alhamdulillah, Alhamdulilah, Alhamdulillah.

8. Teruskan dan ulang berkali-kali tips ini jika gagal. Peringkat awal, ia seperti sukar. Lama kelamaan ia akan berputik di hati. Kita akan biasa dengan amalan ini jika ia dilakukan terus-menerus tanpa putus asa.

9. Jika berjaya, syabas saya ucapkan. Sekarang cabarannya ialah untuk mengekalkan amalan ini dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan dan tahun ke tahun. Jadi bagaimana?

10. Perbanyakanlah berdoa, bermunajat dan merintih kepada Allah SWT agar kita sama-sama istiqamah dan konsisten dengan amalan bangun awal ini. Hasrat dan harapan kita hanya satu agar Allah SWT sayang dan redha kepada kita.

Justeru, bilakah kita akan mulakan tips ini?Saranan saya, kita lakukan segera tanpa bertangguh. Esok pagi, adalah pagi yang terbaik untuk kita. Kerana apa? Kita mampu bangun awal sebelum Subuh, bersiap siaga untuk solat Subuh berjemaah, menghiasinya dengan bacaan Al-Quran, berdoa, berzikir dan terus berfikir untuk masa hadapan kita di akhirat.Berjuang bersungguh-sungguh untuk bangun awal sebelum Subuh.

_____________________________________________________________

#Sedikit perkongsian yang ejulz dapat dari kawan kat fb. Semoga dapat jadi sedikit motivasi kepada kita bangun sebelum subuh..

5 comments:

  1. slm pagi wah bgs info ni,mmg sesuai bg spaa yg sllu terlepas subuh he3..

    #satu lagi tips..bg yg blm kawin tu,cpt2 jadi seorang ibu..dh tentu automatik bgn sebelum subuh ngehh (^ ~)

    ReplyDelete
  2. sya memang selalu bangun pagi...tapi kekadang lelap balik..heheheheh

    ReplyDelete
  3. tq sharing ejulz..mmg ada yg ayu amalkan..alhamdulillah berjaya..moga istiqamah..huhu

    ReplyDelete

GIVEAWAY 13TH ANNIVERSARRY

    Assalamualaikum..   Di kesempatan ini ejulz ingin mengucapkan Happy Anniversary yang ke-13 kepada Puan Linda dan suami yang bakal disamb...