Saturday, 7 July 2018

"Tiada SYUKUR, tiada BAHAGIA.."


Pagi tadi ejulz terdengar ayat ni dari ustazah yang berkongsi ceramah di siaran radio IKIM.. Bila difikir sejenak ayat tersebut, memang betul kan? Kita tidak akan rasa bahagia jika kita tidak bersyukur. 

Sebagai contoh, kita dah ada pasangan yang menyayangi kita dan sanggup berkorban apa sahaja untuk kita. Sanggup berusaha apa sahaja demi membahagiakan kita. Tapi kalau kita tiada rasa syukur dan merasakan ada yang lebih baik lagi untuk kita, belum pasti lagi yang kita rasa lebih baik itu akan dapat membahagiakan kita seperti pasangan kita.

Dan contoh lain, sekiranya kita rasa tidak bahagia sebab kita guna kereta kecil dan cemburu melihat orang lain guna kereta yang besar. Boleh kita cemburu sekiranya untuk memotivasikan diri untuk berusaha lebih tapi sekiranya tidak bersyukur kerana melihat orang lain menggunakan kereta besar itu salah!! Syukurlah.. Sebab ada ramai lagi yang tidak mampu memiliki kereta.. Bahkan ada juga yang tidak mampu memiliki motorsikal.

Sekadar renungan bersama..



Jangan lupa join SEGMEN ejulz.. Klik SINI.. 

7 comments:

GIVEAWAY 13TH ANNIVERSARRY

    Assalamualaikum..   Di kesempatan ini ejulz ingin mengucapkan Happy Anniversary yang ke-13 kepada Puan Linda dan suami yang bakal disamb...