Monday 6 August 2018

Kisah Abu malas ke sekolah

Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. Abu masih lagi berdengkur. Emaknya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.
Emak: Abu, Abu, bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

Abu: Alah mak… Abu tidak mahu pergi ke sekolah!

Emak: Apa? Tidak mahu pergi sekolah?! Baik… Abu berikan emak dua sebab mengapa Abu tidak mahu ke sekolah.

Abu: Semua murid-murid tak suka Abu. Guru-guru di sekolah pun tak suka pada Abu!

Emak: Itu bukan alasan bagi ABu untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!

Abu: Baiklah, sekarang emak pula berikan Abu dua sebab mengapa Abu mesti pergi ke sekolah.

Ibu: Abu dengar baik-baik, pertama, Abu sudah berusia lima puluh tahun, kedua Abukan PENGETUA SEKOLAH.. !!!


6 comments:

Cepatnya Masa Berlalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger ejulz... Harap semuanya dalam keadaan sihat.. Tak berasa hampir 4 bulan tak update...