Tuesday 31 May 2011

Hanya kerak nasi untuk MAK‏

Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti.

Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta untuk membantu ,"tak payah" katanya "biar mak yang buat nanti lain rasanya". Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan aidilfitri bersamanya.

Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya.

Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang- dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu selera..memang berselera semua sukakan nasi goreng mak..mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku..." ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu"...seraya tu abang ku bertanya 'siapa tak makan lagi nasi ni'. Aku menjawab ' mak belum makan apa lagi tu'.

Mak dengan bersungguh menjawab " Ehh mak tak mau...tak lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi'...dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kata ku dalam hati." oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya" ....

Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut kedapur..lantas aku tanya 'mak nak apa..nak ambilkan.'.' takpa nak rasa ni sikit'. Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku..bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.

Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. ..zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan..YA RABB Engkau peliharalah Ibu,,Ampunilah Dosanya,Berilah kekuatan pd anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga.

AMINN


Sedih baca cite ni.. terkenang kat mak di kampung.. mengalir air mata.. wpun dh penah baca.. seb baek bos xde.. heHe.. bila laa nak balik kpg lagi ni.. huH! kpd kengkawan, adik2, kakak2, abg2 sekalian, jagalah ibu bapa kita selagi berkesempatan.. terutama yg dah berkahwin.. buat laa keputusan yg adil kalo nak balik kpg masa raya nanti.. heHe..

20 comments:

  1. sedihnya baca....hati ibu mmg begitu biasanya

    ReplyDelete
  2. sentap jap -.- ibu mmg mcm tu biasa nya

    ReplyDelete
  3. itu lar krisis time raya.. balik nak kena gilir2..jgn nak berat sebelah je kan..huhuhu..

    nak cari laki mualaf lar..errrr..xyah berebut balik raya..hehehehe

    ReplyDelete
  4. syrupmasin : tu la pasal..

    ReplyDelete
  5. akak LM: kecik2 dulu mak x bagi anak2 makan kerak.. susah nak masuk ilmu katanya.. rupa2nya alasan je nak bagi anak2 makan sedap..

    ReplyDelete
  6. nawal addina : oleh itu sayangi laa ibu kita k.. heHe

    ReplyDelete
  7. waaaa.. nak carik mualaf? huHu

    ReplyDelete
  8. adeehhhh..

    tetiba teringat mama dekat rumah....sob3...T_T

    ReplyDelete
  9. Mohamadazhan hjDesa : betul tu.. :)

    ReplyDelete
  10. ila: laaa.. kat luar rmh ke ni.. heHe

    ReplyDelete
  11. mak mesti akan pastikan semua anaknya makan, baru dia akan makan..

    buat baeklah terhadap mak!

    ReplyDelete
  12. aduhh dik sebak hati akak petang2 nie .. bila dah jadi ibu nie barulah akak paham kenapa dan mengapa ibu sanggup berkorban demi anak2 nya ..

    tinggalkan anak seketika rasa bagai nyawa di tarik2 .. inikan nak biarkan anak kelaparan huhhuu

    memang ganjaran sorang ibu itu besar sehingga syurga itu dibawah tapak kakinya ..

    ReplyDelete
  13. ain revival : betul tu.. kene balas budi kedua ibu bapa ita.. :)

    ReplyDelete
  14. kak ieda : betul tu.. ejulz sampai ngalir air mata baca.. tp masa org xde laa.. kalo org ada feel xde.. heHe.. kontrol macho.. heHe

    ReplyDelete
  15. sedihnye bace..
    sebak..
    btapa sayangnye mak ktkitakn..
    snggup berkorban wlopun mknn utk erutnye jgk:(

    ReplyDelete
  16. liyana : betul tu.. kalau boleh belikan kebahagiaan di dunia ni.. ejulz akan belikan utk mak ejulz..

    ReplyDelete
  17. cerita nih lbh krgmcm kisah hidup mOon...insyaAllah nanti 1 hari mOon cerita....

    ReplyDelete
  18. mOon jOhari: cecite cecite.. heHe

    ReplyDelete

Cepatnya Masa Berlalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger ejulz... Harap semuanya dalam keadaan sihat.. Tak berasa hampir 4 bulan tak update...