Thursday, 31 March 2011

Pelanggan, Gadis urus lari bertuala..

Assalamualaikum n selamat pagi semua..

Waaa.. Dasyatttt betul tajuk berita kat atas tu.. heHe. Seorang pelanggan pusat refleksologi bersama tukang urut wanita warga Indonesia berusia 20-an berlari dengan hanya bertuala selepas premis urut terbabit terbakar petang semalam.

Dalam kejadian kira2 jam 2 petang itu, pusat refleksologi itu yang beroperasi tanpa permit terbakar kira2 70 peratus dipercayai akibat letupan berpunca dari wayar elektrik yang bermula di bahagian dapur di tingkat sama.

Saksi kejadian, seorang penjual kerongsang di kaki lima bangunan itu, Mokcik Umi Kalsom Mohd Noor, 50, berkata dia terkejut selepas ternampak kira-kira 15 orang termasuk seorang lelaki dan wanita yang hanya bertuala kelam-kabut berlari turun dari pusat refleksologi berkenaan.

Menurut Mokcik Umi, pasangan itu mungkin berurut dan tidak sempat mengenakan pakaian mereka selepas bahagian dapur pusat itu terbakar. Waa,.. xkan laa kedua2 diorang pakai tuala.. secara logiknya yg diurut je pakai tuala kot.. kalau yg mengurut pun pakai tuala tu, macam ada something wrong je.. hiHi.. xtau la.. ejulz pun x penah pegi urut badan camni.. Seperti yang ejulz maklumkan pada entry lepas, memang ejulz nak cari tempat urut utk urut badan ejulz terutama kaki selepas eksiden aritu.. Bila baca berita2 macam ni la ejulz jadi takut n malu nak masuk kedai urut.. heHe.

p/s: sape2 tahu org yang pandai urut di kawasan berhampiran putrajaya.. kire org2 tua yg ekpert urut laa.. kalau tau roger k.. :)

Kenangan WQN.. Member ambik gambar ni, masa tersadai kat balai.. huHu.
Sedeyyy!!
"hancur hatiku.. mengenang dikau.."

Monday, 28 March 2011

Usha service Malaysia..

Hai.. Assalamualaikum semua..

Ejulz sedang berusaha menambah berat badan.. Tengah makan eskrem skrang ni.. sebab ada org kata eskrem ni boleh tambah berat badan.. heHe.. sape nak eskrem?? meh sini.. heHe. sedappp!! huHu..

Ok, arini ejulz nak cerita service2 yg ejulz jumpa arini.. Arini kan ejulz cuti sebab nak settlekan bnyk benda.. Seawal jam 830 pagi ejulz keluar dari rumah.. Melangkah ke klinik Putrajaya.. Nak buka jahitan kat kaki sebab eksiden aritu.. Ejulz pergi ke kaunter pertanyaan.. Nak tanya; boleh x bukak jahit kat sini? soalan x boleh blah.. takut pulak dia jawab "pergi laa kedai jahit".. Adeii!! kalau la dia jawab macam tu.. erm, x dpt nak dibayangkan.. heHe. Dia suruh ambik nombor giliran dulu.. rupanya ambik nombor kat luar pintu klinik.. masa masuk tadi x perasan la pulak ada tempat ambik nombor kat situ.. Lepas nombor giliran dipanggil, ejulz pun pergi la mendaftar.. then, pegawai kat kaunter pendaftaran suruh gi bilik 22.. ramai jugak yg tunggu giliran di situ.. Kat situ ejulz tgk macam2 penyakit yg ada.. ada yg sakit kulit, ada yg nak buka balutan simen (lepas patah kot), ada baby, dan ada jugak pakcik yg ejulz tgk jari kaki macam dah dipotong.. Rasanya pakcik tu sakit kencing manis.. Ya Allah!! bila tgk penyakit yg berbagai2 tu.. Ejulz rasa bersyukur sangat sebab masih dipinjamkan oleh Allah tubuh badan yg sempurna.. Syukur Alhamdulillah!! Masa buka jahit tu.. Mak ai!! sakitnya.. tapi sekejab je laa.. rasa benang kena kat isi kulit.. huishh!!

Dari klinik Putrajaya terus ke Balai Polis Trafik utk bayar saman.. Tengok org sikit je.. waa.. sekejap laa kalau macam ni.. 3 orang je yg menunggu giliran termasuk ejulz.. Ingatkan sekejap je.. 3 org je menunggu, macam tunggu giliran yg ke 30.. tengok service kerani kat kaunter sana memang terok.. Bila ejulz rasa lama sangat, ejulz pun tanya la sama ada boleh bayar kat pejabat pos ke x? sebab ejulz nak renew lesen memandu.. Dengan nada yg menyakitkan hati, boleh dia tanya camni.. "Kenapa nak bayar kat sana pulak?!!".. "Kenapa xnak bayar kat sini?!!".. Huishh!! time tu Tuhan je tahu darah yg mendidih lam badan ni.. Tengok diorang pun bukan keje pun.. borak2 je.. memang sakit hati la tgk service camtu.. Patut laa urusan bayar saman dah boleh buat di pejabat pos.. ejulz x dpt bayangkan laa kalau urusan saman hanya boleh dibuat kat balai.. Nak uruskan 3 org pun macam urus 30 org, apatah lagi kalau ramai..

Ejulz terus ke pejabat pos kat alamanda utk renew lesen memandu dgn darah yg mendidih sebab layanan kerani kaunter balai tadi.. Bila sampai kat pejabat pos tu, malaweii!! ramai giler!! Ejulz terus ambik nombor giliran.. lama lagi.. masih ada dalam 60 giliran lagi.. perut mula berbunyi memberi arahan supaya pegi makan.. heHe.. keluar rumah tadi pun x sempat nak bekfes.. so, makan la dulu.. Makan pun laju2 sebab takut giliran terlepas.. Selesai makan bergegas ke pejabat pos balik.. Masih ada dalam 30 giliran.. Menunggu dengan penuh sabar.. yg ni ejulz faham la kalau lambat sikit.. sebab ada ramai customer.. x macam kat balai tadi.. Bila dah sampai giliran, sekejap je dia renew.. then, ejulz ambik kesempatan bagi surat2 budak2 rumah yg dah pindah.. heHe..

Selesai renew lesen, ejulz ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).. Ejulz nak buat ic sebab ic lama dah rosak.. cip pun dah xleh nak baca.. Kat sini pun ramai org.. ejulz dpt no giliran 0388.. Masa masuk tadi diorang tgh layan 032+.. lama jugak la tunggu.. sebab ramai org.. tapi proses dia cepat je.. lepas dia key in je kat komp diorang.. tunggu giliran ambik gambar.. dengan rambut kusut masai, ejulz pun bergambar.. then, dia kata boleh ambik ic esok.. ingatkan boleh dapat arini jugak.. kene ambik esok jugak.. terpaksa la mintak kebenaran keluar ngan bos lagi esok.. huH!

K, laa.. nak sambung makan eskrem jap.. heHe.. kepada kerani kaunter pembayaran yg bertugas di balai trafik Putrajaya, bertugas laa dgn lebih dedikasi supaya dapat membantu meningkatkan mutu service Malaysia..

Tidur x lena, mandi x basah..

Tidur x lena, mandi x basah?? tajuk entry ni xde kene mengena dgn yg masih hidup maupun yg telah meninggal dunia.. Cuma mata ni je xleh lelap.. Pesal la mata ni xleh nak tido.. Nak kata siang tadi membuto aka zzzZZzz, xde pulak.. Siang tadi g jalan2 ngan 'awek' baru.. Nak 'run' awek baru ni sampai selesa.. hii... Jangan salah faham pulop.. 'awek' baru ejulz tu motor baru la.. 'awek' lame curang.. hancur lepas eksiden aritu.. pegi bawak awek g alamanda.. g alamanda pulak ada fesyen show.. fulamak!! minah salleh cun.. mat salleh xyah tengok la.. haHa.. Lepas makan apa yg patut kat alamanda, ejulz bergerak ke south city.. Jumpe pulak kedai DVD ";baek punya".. haHa.. beli la dvd 5 in 1.. cerita menarik laa jugak.. x penah tengok lagi.. last2 dvd tu boleh tercicir dari motor.. adeii.. ruginye..

Esok nak cuti, nak gi hospital.. Nak bukak jahit kat kaki yg belum bukak lagi ni.. then, nak gi balai, bayar saman yg belum bayar lagi lepas eksiden aritu.. keluar lagi duit.. adeiii!! asyik kuar duit je ni.. bila la nak masyukkkk!! huHu. Pastu nak settlekan apa yg patut..

K, laa.. setakat tu saje nak kongsi arini.. semoga hari ini menjadi lebih baik dari semalam.. dan semoga esok lebih baik dari harini.. selamat malam.. gud nite.. tido g.. zzzzZZZZzz

Friday, 25 March 2011

Alhamdulillah dah settle masalah..

Alhamdulillah masalah transport dah settle.. terima kasih la kat kawan2 yang banyak membantu dan memberi info. Dalam masa nak uruskan motor selepas eksiden ni memang banyak dugaan.. Satu persatu masalah..

Mula nak repair je motor tu.. target dalam RM500 je nak repair.. sekali tengok enjin pun bermasalah lepas eksiden tu.. bila dah main enjin tu, tau la berapa dah kene keluarkan duit.. sekali total semua seribu lebih.. dah tengok teruk sgt trade in je la kat kedai.. dengan kerosakan yg teruk sgt, tauke kedai sanggup ambik RM1500 je.. nk senang ejulz pun try la apply AEON Credit untuk buat bayaran ansuran bulanan.. Sekali AEON Credit reject sebab sangkut kat Bank Negara.. Bila pergi kat Bank Negara pulak, pegawai kat situ pun tunjukkan report kewangan ejulz.. Diorang kata bersih.. xde masalah..

Call sekali lagi AEON Credit.. Diorang suruh apply lagi.. sekali reject lagi.. memang menyakitkan hati dan menyusahkan customer.. Bila kita tanya sebab ape reject xde jawapan pulak.. teringin nak tau ape yg buat diorang reject, tapi sampai sekarang xtau.. mungkin ada hikmah apabila diorang reject.. xde laa nak bayar interest diorang yang hampir RM3000..

Alhamdulillah dapat sumber utk beli cash.. akhirnya semua dah settle.. senang sikit la nak pergi keje..

Thursday, 24 March 2011

"AEON CREDIT SERVICE" Bikin Panas!!!

Lama dah x mengupdate blog ni.. Ejulz sibuk nak uruskan urusan beli motor.. Motor dah 'barai' lepas eksiden aritu.. Terpaksa laa beli motor baru.. Trade in kat kedai motor, diorang ambik RM1500 je.. huu.. beli RM8+++. pakai 3 tahun lebih.. then jual, RM1500 je.. terpaksa laa..
Nak dijadikan cerita, bila nak beli motor baru ni terpaksa laa bayar ansuran.. then guna laa AEON Credit.. Korang tau x AEON Credit? AEON Credit ni menyediakan kemudahan bayaran ansuran mudah.. Kira macam bank jugak laa.. buat loan.. Bila ejulz buat permohonan melalui kedai motor tu, AEON Credit reject sebab ada masalah "055" ke "505" ke "555".. ape benda laa yg diorang bagitau.. Bila ejulz tanya balik diorang kata sangkut kat Bank Negara. mungkin ada payment loan yg tertunggak.. Then, ejulz terpaksa la mintak tolong member bawak g Bank Negara. Bila pergi sana xde pulak masalah.. Tanya kat pegawai kat Bank Negara, payment semua ok.. xde masalah..

Call lagi AEON Credit, then dia suruh apply sekali lagi n attach sekali surat dari Bank Negara.. Bila semua dah settle, tanya lagi kat AEON Credit.. Diorang kata reject lagi. Then ejulz nak direct line pegawai yg reject tu, sebab nak tau ape sebab dia reject.. Dengan selamba pegawai kaunter tu cakap xde.. yg buat ni ramai.. dah la dgn nada yg menyakitkan hati.. memang bangang laa.. Ejulz kalau x terpaksa memang x hingin la nak tambah hutang kat AEON Credit ni.. Dah la interest tinggi.. Cekik darah.. Dulu beli motor harta RM6+++ boleh jadi RM8+++ bila pinjam kat sana..

Kalau betul la ejulz x layak nak pinjam, ejulz x kisah.. Yg ejulz sakit hati, bila ejulz nak tau ape yg buat kene reject tu.. bila nak semak memang x dpt.. Dah la pandai2 kata masalah Bank Negara.. Dah laa xde transport.. pegi KL Bank Negara pun mintak teman member..

BLAHHH LA AEON CREDIT!!! SEKALI AKU DAH TERKENE CAMNI XDE LA AKU GUNE SERVIS KO LAGI!! MACAM HAREEEEMMM!!

Sunday, 20 March 2011

Mari belajar bahasa Sarawak -Part 7

Assalamualaikum..

Alhamdulillah keadaan ejulz beransur pulih arini.. Dan diharap k0rang jugak berada dalam keadaan sihat hendaknya.. Kali ni ejulz nak share bahasa sarawak lagi.. Kali ni nak share word 2 dalam 1..

"KENAK"

Ape tu 'kenak'?

'kenak' boleh digunakan dalam 2 keadaan @ dengan kata lain ada 2 istilah..

Pertama,
"KENAK" = KENAPA

Kedua,
"KENAK" = KENA

Contoh ayat:

"Kenak nya nangis?"
Kenapa dia nangis?

"Motosikal ya kenak langgar kereta.."
Motosikal tu kena langgar kereta..


ok, tu saja utk kali ni.. semoga faham ek.. kalau x faham buat2 faham je laa.. huHu.. xde laa, kalau x faham tanya je k.. :)

Friday, 18 March 2011

Niat nak pergi kerja tapi x jadi.. huH!

Memang susah kalau xde transport kan? Bila motor ejulz cedera parah akibat kemalangan aritu, ejulz dah jadi hilang arah.. Nak ke sana x boleh, nak ke situ x boleh.. erm, sabar je laa.. Arini bukan setakat niat je nak pergi kerja, tapi memang dah bertolak keluar dari rumah seawal 6.30 pagi tunggu bas menuju ke kompleks C.. Dari kompleks C biasanya disediakan satu van utk ke ofis ejulz sebab nak ke ofis ejulz bukannya senang.. kene naik 2 - 3 buah bas.. tu pun ntah sampai ke tidak.. huHu. Xtau pulak pakcik driver van tu cuti rupanya arini.. adoiiii!! buat penat je keluar rumah awal2 dengan keadaan kaki yg masih terhencut2..

Dah tau pakcik tu cuti, ape lagi, terpaksa la ambik keputusan cuti lagi.. xde transport.. Masa tunggu bas nak balik ke rumah tu bukan main susah.. adeii.. buat sakit ati je dgn driver bas ni.. bila time ejulz tanya, dia kata x pergi kawasan rmh ejulz padahal nombor bas tu memang menuju ke rumah ejulz pun.. tapi ejulz berfikiran positif la kejap.. mungkin dia nak pusing ke tempat lain dulu kot.. then, bila jumpa bas yg nak menuju ke rumah ejulz pulak, dia boleh bawak laju2 sampai x sempat nak tahan.. dah la kaki xleh nak lari.. memang menyakitkan hati.. sebab tu la ejulz x suka naik bas.. tapi dengan keadaan sekarang ni, terpaksa la menahan hati yg sakit tgk driver bas.. adeiiii.

WQN!!! bila la ko nak sembuh?? :(

Tuesday, 15 March 2011

Tetiba je teringat mak ayah kat kampung..

Tetiba je rasa nak nangis bila teringat mak ayah kat kampung.. Tambah2 lagi sambil layan lagu kat blog ni.. sedey!! Dalam keadaan sakit lepas eksiden ni, semakin bertambah2 ingatan kat kampung.. Ingatkan mak ayah.. Kalau diorang tau ejulz eksiden ni mesti diorang risau.. Ejulz xnak diorang risau.. Biar laa diorang x tau. Walaupun ejulz bukanlah anak yg suka bermanja2, tapi terasa sepi bila dalam keadaan sakit macam ni.. Kalau dulu, sakit je mesti mendapat layanan istimewa dari mak dan ayah.

Ejulz seorang yg suka berdikari.. Sejak form 1 lagi ejulz belajar hidup berdikari.. Duk sekolah berasrama penuh sampai form3.. Form 4 n 5 pun duk sekolah asrama sekolah teknik.. Ejulz x suka nak susahkan mak ayah ejulz.. Tapi kalau sakit kat sekolah terpaksa dibawa balik kat rumah n cuti.. Masa cuti sakit tu laa rasa istimewa sangat wpun dalam hati xnak susahkan mak dan ayah..

Dan sekarang dah bekerja dan duduk jauh dari diorang.. Bila dah terkene sakit camni, rindu sangat kat diorang.. Walaupun ada kawan2 yang ambil berat dan membantu ejulz di masa susah camni, masih rindu kat diorang jugak.. Terima kasih la kawan2 yg sudi membantu ejulz di masa susah.. Jasa kalian semua hanya Allah yg dapat membalasnya..

Mak... Ayah... Ejulz rindu sangat.. Rindu.. );


Malang memang x berbau.. Jatuh Motor lagi!!

Salam. Arini 14 Mac 2011.. Ejulz jatuh motor lagi. huahua.. sedih tgk motor xleh nak jalan lagi.. :(   Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Alhamdulillah, x terok sgt..

Terima kasih buat kawan2 yg sudi ziarah n tolong ejulz.. Xde laa rasa kesorangan sgt wpun keluarga nun jauh seberang.. terima kasih banyak2.. Jasa kalian semua xkan ejulz lupa hingga ke akhir hayat.. thankz.

k laa.. x dpt nak taip bnyk2.. nak rest jap.. Kepada anda di luar sana hati2 di jalan raya..

Saturday, 12 March 2011

CONTEST:SAYA SUKA!

Makseh Ein sudi tag kamek.. :)

ok, arini ejulz nak join contest yg Ein tag, yg dianjurkan oleh Fatanah..


Gambar yg dipertaruhkan adalah:

-
--
---
----
-----
------
-------
--------
-----
----
---
--
-
---
----
-----
------
-------
--------
---------
--------
-------
------
-----
----
---
--
-
--
-
-
-
-
-
Haa.. Tu diaaa.. hobi ejulz di masa lapang.. BOLING!!!
HUhu.. best main boling.. Antara pencapaian yg paling tinggi ejulz pernah dapat adalah dpt tempat yg ke-3 masa pertandingan boling di ofis ejulz.. heHe. nk bukti? tu diaa.. heHe


Kadang2 karoke pun layan jugak.. tapi xde gambar laa.. huHu.. wpun suara sumbang tp on je laa.. hiHi

Aktiviti wajib ejulz aka aktiviti mingguan adalah FUTSAL!!!

tEam ejulz masuk Liga Super Futsal  KBS - Putrajaya.. Harap kitorang berjaya!! Chayokk!!



Syarat-syarat:

1:follow blog fatanah.. [doNe]

2:hendaklah menggunakan gambar sendiri(gambar sorang@ramai-ramai pun tak pe) [doNe]


3:contest ''saya suka'' ni sebenarnye lebih menjurus kepada hobi,contohnye karoeke,main boling,joging,memasak dan etc..jadi gambar tersebut perlu ada gambar korang sendiri dan aktiviti yang korang lakukan [doNe]


4:letakkan banner di atas di blog korang,dan korang perlu buat satu entry pendek tentang korang dan hobi korang [doNe]
5:tag 4 orang blogger yang lain [doNe]

kali ni nak tag;

Bee

Bro_Monday

Nur Liyana

ChocoChoky





TARIKH TUTUP:30 MAC 2011

Friday, 11 March 2011

Follower bertuah!! no.285

Assalamualaikum..

Nombor yang ditunggu2 akhirnya sampai jugak.. 285?? Nape nombor tu special sgt?
cuba teka.. cuba teka.. heHe

Sebenarnya 285 tu sempena bday ejulz 28 Mei 198*.. heHe

Follower ejulz yg ke 285 adalah..
jeng.. jeng.. jeng..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

iz @ aako89




p/s: Kepada Izz.. kalau nak hadiah, emelkan Nama, Alamat n No h/phone kat emel ni k.. asrul_harfan@hotmail.com

Tahniah ek.. :)

Hikayat Merong Mahawangsa

Assalamualaikum & selamat pagi semua..


Malam tadi tengok movie "Hikayat Merong Mahawangsa".. Perghh!! superb beb.. Mula2 ejulz ingat cerita omputih.. Sebab ejulz masuk lewat sikit kat wayang tu.. Tajuk cerita pun xtau masa tu.. heHe. Main ikut je.. haHa

Menang superb.. bagi ejulz dah boleh setaraf dengan movie antarabangsa.. Video n audio die pun ok.. x nampak sgt merapu.. heHe.. cuma 1 adegan je macam x masuk akal aka merapu sikit.. bila dia guna cermin utk pantulkan cahaya matahari, boleh membakar pihak lawan.. haHa.


Satu lagi, dia punya dialog pun memang lawak.. Double meaning.. haHa. Siap ada "tudung saji" segala.. haHa. Best tau cerita ni.. tgk jgn x tgk.. heHe

Thursday, 10 March 2011

Dara oh Dara!!

Dara oh dara!! eh silap.. Darah oh darah!! Arini first time ejulz cucuk jarum ambik darah.. Ejulz pergi ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan buat pemeriksaan kesihatan.. Nak join Askar Wataniah wei.. heHe..

Mula2 sampai je kat situ ambik sorang 1 botol.. nak simpan air kencing.. heHe.. Dengan muka control macho ejulz bagi botol berisi air kencing kat nurse yg cun.. adehh!! malunya.. ^.^

Lepas buat ujian air kencing, diorang ambik darah pulak.. Ade sorang nurse tu, x berani ambik darah ejulz.. Mungkin dia tengok ejulz ni macho sangat kot. Sampai takut nak ambik darah.. haHa.. xde laa.. Mungkin dia tu student nurse yg tengah praktikal kot.. Last2 nurse yg sorang lagi ambik darah ejulz.. cucuk guna jarum beb.. haHa. Muka ejulz control macho je kene cucuk, tapi dalam hati tuhan je tahu.. huHu. Mata pun x berani pandang jarum yg diguna utk cucuk tu.. haHa.

Lepas ambik darah sepatutnya kene buat x-ray.. Tapi pihak hospital kene buat dalam pukul 2 ptg.. Jadi terpaksa laa tunggu pukul 2 utk buat x-ray.. Sementara tunggu pukul 2 kitorang makan dulu kat cafe..

Sementara tunggu pukul 2 sempat jugak tengok cerita lakonan Marshanda.. heHe.. Lepas bagi borang n ambik nombor, kitorang tunggu giliran nak buat x-ray.. (sambil2 tgk cerita Marshanda.. :) then, semuanya selesai.. Harap2 semuanya ok dan ejulz terpilih utk join askar wataniah.. :)

Wednesday, 9 March 2011

SAKIT MENTAL!!!

Assalamualaikum n selamat pagi.. Salam 1Malaysia.. :)

Isu perhimpunan pagi kat ofis ejulz pada minggu ni adalah "Sakit Mental".. Banyak laa pendapat2 dari pegawai berkenaan dgn isu tersebut.. Antara contoh kes yg dikaitkan dengan sakit mental ini adalah kes mendera @ membunuh haiwan seperti kucing.. Ejulz pun pernah tengok video2 penganiayaan haiwan2 camni kat youtube.. Antaranya remaja perempuan yg mendera seekor arnab sebelum membunuhnya dengan kejam.. Ejulz x pasti sama ada remaja tersebut dari cina @ japan @ korea.. x ingat. heHe. Yg pasti pada mulanya dia membelai arnab tersebut.. kemudian meletakkan papan kayu di atas arnab tersebut dan melihat arnab tersebut meloloskan diri dari bawah papan kayu tersebut.. then dia letak balik arnab tu kat bawah papan tu dan dia duduk di atas papan tersebut.. bayangkanlah bagaimana keadaan arnab itu.. isshhh!! sampai mati arnab tu.

Dan satu lagi video yg ejulz tengok seekor kucing dibakar dengan kejam sekali.. Mula2 kucing tu diletakkan di satu sangkar.. Daripada pemerhatian ejulz sangkar tu bukan sangkar kucing, seperti sangkar burung @ tikus.. kerana pintu sangkar tersebut bersaiz kecil.. bayangkan seekor kucing bersaiz besar dipaksa masuk kedalam sangkar yg berpintu saiz kecil.. kejam x kejam? then dia jirus kucing yg berada dalam sangkar tu dgn petrol.. dan dengan kejam dia membakar kucing itu hidup2.. Dengan sekali bunyi "mengiau", kucing itu mati rentung..

Selama sesi perbincangan isu ini berlangsung, ejulz dah x boleh nak beza antara mental dgn emosi.. Hari tu ada la seorang pegawai memberi pendapat dia.. Dia berpendapat agar kita perlu memastikan agar rakan2 sekerja kita tidak berada dalam keadaan mental yg x waras.. itu ejulz setuju.. Dengan kata lain, kita kene ambik tahu masalah rakan sekeliling.. bantu masalah diorang kalau mampu.. Yang ejulz x paham bila dia bagi contoh..

Dia kata Si A ni meludah Si B kerana marah apabila mendapat tahu Si B mengata dia dari belakang.. Pada pendapat korang adakah Si A tu sakit mental @ emosi.. Pada ejulz Si A tu bukanlah mental, cuma emosi terganggu.. Marah disebabkan kene fitnah @ sebagainya.. Melainkan Si A tidak kenal langsung dengan Si B.. Itu memang betul2 mental aka GILA!!.. haHa

p/s: Jangan lupe tengok bola Malaysia lwn Pakistan malam ni.. Mari kita menggilakan diri bila menonton.. huHu :D

Tuesday, 8 March 2011

Mari belajar bahasa Sarawak -Part 6

Assalamualaikum n selamat pagi..

Wahh!! dah lama rasanya ejulz x buat entri pasal bahasa Sarawak.. Faham x entri Mari belajar bahasa Sarawak yg ejulz dah buat sebelum ni.. kalau x faham jangan malu, jangan segan.. tanya je.. ejulz x makan org pun. heHe

Sejak kebelakangan ni, ejulz x sempat nak buat entri sebab sibuk sgt2.. Bila dah sibuk tu, macam2 la reaksi ejulz.. memang kelam kabut laa dibuatnya.. hiHi.

So, arini ejulz nak share perkataan kelam kabut dalam bahasa sarawak.. Dalam bahasa sarawak, kelam kabut bermaksud "Kamboh"..

KELAM KABUT = KAMBOH

Dengan kata lain "Kamboh" ni bermaksud kecoh..


ni pun kira macam "kamboh" jugak laa.. hiHi


Diharap semua boleh faham ek.. Kalau x faham @ ada nak tanya, tanya je laa k.. ejulz sedia membantu.. heHe  :)

Sunday, 6 March 2011

Kuciwaa dan letih semalam masih terasa..

Assalamualaikum.. Selamat pagi semua..

Tengah layan lagu Saleem iklim.. Lagu jiwang2.. almaklum laa kuciwa sebab semalam.. kuciwa kalah game semalam.. hiHi. Ternyata team2 yang masuk pertandingan Liga Super Futsal KBS - Putrajaya bukan calang2 n hebat2 belaka.

Daripada corak permainan diorang yg laju n skillfull.. fuhh!! susah nak kejar yop!! tapi xpe pertandingan kali akan dijadikan pengajaran utk game yg akan datang.. semalam kami (CPK ONE FC) dah bermain 3 game.. ketiga2 game kalah..  Tinggal 12 game lagi.. Kali ni nak training sungguh2.. Nak tingkatkan stamina..

p/s: doakan kejayaan CPK ONE FC untuk game yg seterusnya k.. :)

Saturday, 5 March 2011

Softlens


Semuanya gara2 futsal.. Ejulz ke alamanda pagi tadi.. Nak beli contact lens.. Pertama kali nak guna contact lens.. Xtau mana yg sesuai utk sport.. Ejulz kan suka bersukan. heHe. Ejulz pergi kedai cermin mata.. then terkial2 cari contact lens.. almaklumlah x penah guna.. haHa. Pekerja yg layan ejulz tu awek.. Pergghh!! ape lagi cuba la mengayat.. huHu. Berikut antara perbualan ejulz dgn awek kedai tu;

Ejulz : Berapa harga contact lens ek?

Jurujual : Encik nak yang mana?

Ejulz : Saya first time nak gune.. Mana yg sesuai untuk sport?

Jurujual : owh! kalau untuk sport saya suggest softlens..

Ejulz : Berapa harga ek?

Jurujual : RM60 sekotak.. 1 kotak ada 3 pasang.. 1 pasang boleh gune sebulan..

Ejulz : Ok.. saya beli.. camne nak pasang ek?

Jurujual : first time gune ek? (dia tanya lagi, padahal ejulz dah bagitau awal2)

Ejulz : yup..

Jurujual : xpe.. biar saya tunjukkan.. ( dia bawak ejulz ke satu bilik kecil n tunjukkan cara2 pasang..)

then ejulz pun cuba.. tapi x dpt.. last2 dia tolong pasangkan.. tapi ejulz suruh bukak balik.. takut xtau nak bukak kat rmh. haHa..


Kat rumah baru cuba pasang sendiri.. Yang sebelah kanan dah dapat.. tu pun 4 - 5 kali cuba.. then nak pasang sebelah kiri.. bukan main susah.. last2 x jadi pasang.. then buka je yg dah pasang kat sebelah kanan tadi.. Ingatkan senang pasang contact lens ni... susah jugak rupanya..

p/s: sape2 ada pengalaman pasang contact lens x? boleh share?

Masa yg ditunggu2 dah tiba..

Salam n selamat pagi semua,

Perghh! awal ejulz bangun di pagi sabtu ni.. heHe. Perasaan arini bercampur baur.. Gembira ada, excited ada, nervous ada, sunyi ada.. macam2 lagi la.. Arini bermula Liga Super Futsal KBS - Putrajaya.. Seperti yg ejulz katakan sebelum ni, team ejulz hantar satu penyertaan.. Excited sgt2.. Mesti banyak penyertaan dari team power2.. Team ejulz biasa2 je.. Macam ejulz sendiri pun masih nak cari pengalaman.. Hehe.

Pendaftaran akan mula pukul 4.00 petang. Dan game akan mula pukul 5.00 ptg.. Selain acara futsal, aktiviti2 lain juga dikatakan akan memeriahkan lagi malam ni.. Antara aktiviti dia adalah karoake.. So, kalau kalah malam ni bolehlah memekik lagu karoke utk hilangkan tension.. heHe.

So, sape2 yg duduk area putrajaya tu marilah sama2 kita memeriahkan aktiviti yg dianjurkan oleh KBS ni.. Aktiviti akan dijalankan di Kompleks Futsal Presint 18, Putrajaya.. Datang!! Jangan x datang!! heHe



p/s: doakan kejayaan team ejulz k.. :)

Friday, 4 March 2011

✿~ contest "JANGAN pandang camera"~✿

Thankz syazanazura coz tag ejulz k..

nak riuhkan contest dyanzjha.. semoga kali ni ejulz menang.. huHu.. xdelah, menang tu bukanlah tujuan utama.. yg penting dpt tambah kenalan dan berkongsi pengalaman dan info2 yg berguna.. tapi kalau menang tu alhamdulillah.. heHe

k, ni dia banner contest..


Gambar yang dipertaruhkan adalah...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


untuk keterangan lanjut, sila pegi ke blog empunya contest, dyanzjha

kali ni nak tag:









gud luck u oll.. :)




Wednesday, 2 March 2011

BIKIN PANAS BACA ENTRI BRO BEN ASHAARI..

Salam n selamat pagi U oll,

Bikin panas je baca tajuk entri bro ben.. bukan entri @ bro ben yg bikin panas, tapi gara2 terbaca word CHELSEA kat entri beliau.. Mana xnyer pagi tadi bangun pukul 3.00 pagi berbekalkan bantal 2 bijik n sehelai selimut biru kat ruang tamu semata2 nak tengok Man Utd lwn Chelsea..  Agak mengecewakan.. Disebabkan keputusan pengadil yg kurang adil Man Utd kalah 1-2.. Dah la malam tadi pancit main futsal ngam2 10 orang je.. Main dengan bro_monday n the geng.. Tapi xpe, teruskan usaha Man Utd.. chayookkk!!!

Yang ejulz nak ceritakan kat sini adalah "membuat keputusan".. Membuat sesuatu keputusan bukanlah satu perkara yg mudah. Sebagai contoh, pengadil perlawanan antara Man Utd dgn Chelsea tadi.. Sudah pasti sesetengah pihak (peminat Man Utd) x berpuas hati dengan keputusan2 yg dibuat kerana tidak mengeluarkan (kad merah) kepada David Luiz kerana kerap kali melakukan kekasaran ketika Rooney melakukan serangan.. Begitu juga dengan perlawanan2 lain.. Bukan mudah memuaskan hati semua pihak..

Begitu juga dalam kehidupan seharian kita, x kiralah dalam pekerjaan mahupun dalam sesebuah keluarga. Dalam pekerjaan contohnya, jika dikeluar sesuatu dasar baru, mesti ada sesetengah pihak yg tidak setuju dan membantah disebabkan tidak menepati kepentingan sendiri.. Begitu juga dalam institusi keluarga, ibu bapa harus berlaku adil kepada anak2 supaya tidak ada yg rasa terpinggir.. Dan sebagai ibu bapa kene pandai membuat sesuatu keputusan yg bijak utk keselamatan anak2.. Sebagai contoh sis LM yg menukar driver sekolah anaknya untuk keselamatan.. Dalam membuat keputusan beraya di kampung pun kene bijak.. Kadang2 ada suami isteri bergaduh sebab nak raya di kampung masing2.. heHe.. lawak pulak dengar.. haHa.. Si suami perlu laa membuat keputusan bijak dan adil.. Kalau tahun lepas dah raya kat kampung suami, tahun ni raya la kat kampung isteri pulak. betul x? hiHi..

Banyak yg boleh diceritakan pasal membuat keputusan ni.. Aaaa.. Ada satu lagi.. Ingat x korang pasal entri "Bikin Panas Bab 2" .. Mesti korang x tau sebab sape la sudi baca blog amatur camni.. heHe.. Entri tu pasal ejulz join fantasy premier league.. Yang ni kaki bola je tau kot.. heHe.

cuba klik gambar tu. tgk besar2 sikit.. ejulz dh no.1 heHe

Ejulz dah no.1 kat situ..heHe.. Mungkin no.1 sekejap je kot.. haHa.. Bukan pasal no.1 yg ejulz nak bagitau kat sini.. Ejulz nak sambung pasal "membuat keputusan".. Dalam permainan ini, kita kene jugak pandai buat keputusan.. Kene pandai memilih player2 yg berkemungkinan boleh skor dan mendapat point yg tinggi.. Kalau tersilap membuat keputusan akan turunlah point kita tu.. Macam tu jugak dalam kehidupan kita, kalau kita salah membuat keputusan maka ia akan ada kesan dalam hidup kita. Bak kata pepatah " terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata...?"

Sekian, untuk renungan bersama.. ;)

Tuesday, 1 March 2011

Suami penyayang..

Dimulakan hari baru di bulan baru dengan lafaz bismillah..

Assalamualaikum,

Harap semua dalam keadaan sihat sejahtera.. Lepas ejulz buat resepi udang masak kunyit dua hari lepas, terasa nak makan lagi.. macam dah ketagih.. he.. Jangan ketagih dadah dah.. huHu.. Mintak jauh dengan dadah ni.. Dadah musuh negara.. heHe.

Nak dijadikan cerita, petang semalam lepas balik dari keja ejulz singgah alamanda.. Nak beli udang lagi.. Mengalahkan perempuan mengandung yg mengidam.. haHa. Merempit dari ofis ke alamanda.. then cari parking baek punya.. x perlu bayar n selamat dari polis (tempat yg xkan kene saman.. huHu). Selepas selesai memaking, ejulz pun masuk kat alamanda tu..

Ejulz terserempak dengan pasangan suami isteri.. Si isteri tu kelihatan tengah mengandung.. Ye la, tengok perut dia boyot kat depan tu mesti la mengandung.. heHe. Ejulz masih waras n normal lagi nak beza org mengandung dengan boroi.. haHa. Tengok pasangan tu begitu mesra lagi. Kemudian datang seorang budak kecik berusia lebih kurang 6 ke 7 tahun sedang menolak troli bertentangan dengan pasangan tersebut.. Jarak antara mereka dengan budak yang menolak troli tu kira2 4 ke 5 meter. Walaupun masih jauh dari mereka, si suami lantas memeluk si isteri ketepi supaya tidak terkena troli yg dibawa oleh si budak tadi.. Begitu la sayangnya seorang suami kepada isteri dan anak yg bakal dilahirkan macam bro_monday.. Dan bahagia sungguh si isteri mendapat suami penyayang, sama seperti sis LM.. heHe

Daripada pemerhatian ejulz, masih ramai lagi masyarakat Malaysia yang prihatin dan penyayang. Walaupun pada masa kini, kita digembar-gemburkan dengan berita2 yg x bermoral seperti buang bayi, bapak rogol anak, anak aniaya bapak dan macam2 lagi, tapi ejulz percaya masih ramai yang di luar sana yg mempunyai sifat kasih syg.. Ada yg mempunyai naluri keibuan @ kebapaan tapi masih belum diberikan rezeki utk mendapat anak..

Oleh itu, sama2lah kita berdoa agar masyarakat kita hari ini sedar tentang kewajipan dan amanah yang berikan oleh Allah s.w.t. Semoga gejala2 yg tidak bermoral seperti buang bayi dapat dikikis dari kehidupan masyarakat kita hari ini.. Bagi merealisasikannya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam memberi didikan awal kepada anak2. Dan tanggungjawab seorang guru juga amat penting dalam mendidik bakal penggerak negara di masa akan datang.. Darjat seorang guru amat tinggi disisi Allah, sehinggakan hari2 pelajar berdoa utk guru mereka..

"Ya Allah, Kau ampunilah segala dosaku, dosa kedua ibu bapaku dan dosa orang2 yg berbuat baik kepadaku sama ada yg masih hidup ataupun yg telah meninggal dunia.."

Renung2kan, dan selamat beramal.. :)

Harap ada rezeki kali ni

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger. Lama rasanya dah tak update sini. Alhamdulillah setelah 10 tahun mencuba, dapat p...