Monday 28 March 2011

Usha service Malaysia..

Hai.. Assalamualaikum semua..

Ejulz sedang berusaha menambah berat badan.. Tengah makan eskrem skrang ni.. sebab ada org kata eskrem ni boleh tambah berat badan.. heHe.. sape nak eskrem?? meh sini.. heHe. sedappp!! huHu..

Ok, arini ejulz nak cerita service2 yg ejulz jumpa arini.. Arini kan ejulz cuti sebab nak settlekan bnyk benda.. Seawal jam 830 pagi ejulz keluar dari rumah.. Melangkah ke klinik Putrajaya.. Nak buka jahitan kat kaki sebab eksiden aritu.. Ejulz pergi ke kaunter pertanyaan.. Nak tanya; boleh x bukak jahit kat sini? soalan x boleh blah.. takut pulak dia jawab "pergi laa kedai jahit".. Adeii!! kalau la dia jawab macam tu.. erm, x dpt nak dibayangkan.. heHe. Dia suruh ambik nombor giliran dulu.. rupanya ambik nombor kat luar pintu klinik.. masa masuk tadi x perasan la pulak ada tempat ambik nombor kat situ.. Lepas nombor giliran dipanggil, ejulz pun pergi la mendaftar.. then, pegawai kat kaunter pendaftaran suruh gi bilik 22.. ramai jugak yg tunggu giliran di situ.. Kat situ ejulz tgk macam2 penyakit yg ada.. ada yg sakit kulit, ada yg nak buka balutan simen (lepas patah kot), ada baby, dan ada jugak pakcik yg ejulz tgk jari kaki macam dah dipotong.. Rasanya pakcik tu sakit kencing manis.. Ya Allah!! bila tgk penyakit yg berbagai2 tu.. Ejulz rasa bersyukur sangat sebab masih dipinjamkan oleh Allah tubuh badan yg sempurna.. Syukur Alhamdulillah!! Masa buka jahit tu.. Mak ai!! sakitnya.. tapi sekejab je laa.. rasa benang kena kat isi kulit.. huishh!!

Dari klinik Putrajaya terus ke Balai Polis Trafik utk bayar saman.. Tengok org sikit je.. waa.. sekejap laa kalau macam ni.. 3 orang je yg menunggu giliran termasuk ejulz.. Ingatkan sekejap je.. 3 org je menunggu, macam tunggu giliran yg ke 30.. tengok service kerani kat kaunter sana memang terok.. Bila ejulz rasa lama sangat, ejulz pun tanya la sama ada boleh bayar kat pejabat pos ke x? sebab ejulz nak renew lesen memandu.. Dengan nada yg menyakitkan hati, boleh dia tanya camni.. "Kenapa nak bayar kat sana pulak?!!".. "Kenapa xnak bayar kat sini?!!".. Huishh!! time tu Tuhan je tahu darah yg mendidih lam badan ni.. Tengok diorang pun bukan keje pun.. borak2 je.. memang sakit hati la tgk service camtu.. Patut laa urusan bayar saman dah boleh buat di pejabat pos.. ejulz x dpt bayangkan laa kalau urusan saman hanya boleh dibuat kat balai.. Nak uruskan 3 org pun macam urus 30 org, apatah lagi kalau ramai..

Ejulz terus ke pejabat pos kat alamanda utk renew lesen memandu dgn darah yg mendidih sebab layanan kerani kaunter balai tadi.. Bila sampai kat pejabat pos tu, malaweii!! ramai giler!! Ejulz terus ambik nombor giliran.. lama lagi.. masih ada dalam 60 giliran lagi.. perut mula berbunyi memberi arahan supaya pegi makan.. heHe.. keluar rumah tadi pun x sempat nak bekfes.. so, makan la dulu.. Makan pun laju2 sebab takut giliran terlepas.. Selesai makan bergegas ke pejabat pos balik.. Masih ada dalam 30 giliran.. Menunggu dengan penuh sabar.. yg ni ejulz faham la kalau lambat sikit.. sebab ada ramai customer.. x macam kat balai tadi.. Bila dah sampai giliran, sekejap je dia renew.. then, ejulz ambik kesempatan bagi surat2 budak2 rumah yg dah pindah.. heHe..

Selesai renew lesen, ejulz ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).. Ejulz nak buat ic sebab ic lama dah rosak.. cip pun dah xleh nak baca.. Kat sini pun ramai org.. ejulz dpt no giliran 0388.. Masa masuk tadi diorang tgh layan 032+.. lama jugak la tunggu.. sebab ramai org.. tapi proses dia cepat je.. lepas dia key in je kat komp diorang.. tunggu giliran ambik gambar.. dengan rambut kusut masai, ejulz pun bergambar.. then, dia kata boleh ambik ic esok.. ingatkan boleh dapat arini jugak.. kene ambik esok jugak.. terpaksa la mintak kebenaran keluar ngan bos lagi esok.. huH!

K, laa.. nak sambung makan eskrem jap.. heHe.. kepada kerani kaunter pembayaran yg bertugas di balai trafik Putrajaya, bertugas laa dgn lebih dedikasi supaya dapat membantu meningkatkan mutu service Malaysia..

8 comments:

  1. kadang kadang customer service mmg mcm tu -____-'

    ReplyDelete
  2. asroL : macam² gelagat yam kite jumpe...apa pun tahniah lah dah setel sume...berkat kesabaran...('',)

    p/s : Sila lah BlogWalking ye...tengkiu...
    1.New Entry "Random GiveAway Polo Wallet by darkbatman"
    2.New Entry ".:. Pelindung Keselamatan .:."

    ReplyDelete
  3. urmm saye pon tak ske kalau customer service cam ampeh..:(

    meh ke rumah..
    ~to all drivers in Malaysia..~
    keep in touch ye..♥♥♥

    ReplyDelete
  4. syairahmohdanuar: tu la pasal..

    ReplyDelete
  5. BRO_MONDAY : tu la pasal.. alhamdulillah senang nak pergi cari rezki..

    ReplyDelete
  6. Dda Ly : sikap acuh x acuh diorang yg buat sakit hati tu..

    ReplyDelete
  7. nelly : erm.. tgh sabar la ni.. kalau x sabar aritu, memang dah pecah cermin kat kaunter tu.. heHe

    ReplyDelete

Cepatnya Masa Berlalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger ejulz... Harap semuanya dalam keadaan sihat.. Tak berasa hampir 4 bulan tak update...